KARANGAN KELUARGA BAHAGIA

Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia.Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Oleh itu, kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
          Antara  salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai didikan agama dan moral yang utuh. Hal ini kerana agama merupakan tunjang pembentukan sesebuah keluarga itu. Kebiasaannya, keluarga yang berpendidikan agama mampu melahirkan persefahaman dan perasaan bertolak ansur dalam perhubungan keluarga. 
           Selain itu, Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga.   ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai  menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti  mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut  boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak  dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka.
        Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Contohnya, abang atau kakak yang sudah dewasa membantu meringankan beban ibu bapa seperti menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan berasa gembira melihat keadaan rumah yang teratur dan bersih. Hal ini, akan mengelakkan pertelingkahan antara ibu dan anak seterusnya membawa kepada pembentukan keluarga bahagia. 

         Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Ahli keluarga haruslah bantu-membantu antara satu sama lain.
           Maka, sudah terang lagi bersuluh keluarga bahagia amat penting dalam kehidupan kita, bahkan negara kita juga akan aman damai kerana tiada pertelingkahan sesama sendiri.Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju.


x

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. boleh la untuk buat karangan exam Bm kertas - 2.

    ReplyDelete
  3. so so so so so so so so so long

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Yes it is . It's a good example to do essay

      Delete
  5. Replies
    1. ko la noob sbb ko nk tgk dya punya karangan kalau ko ckp org noobb ce tgk diri dulu hekelleh ckp org boleh nganjing dia skit tak boleh puiih

      Delete
  6. bagus karangan ni....walaupun pajang...-------panjang panjang pun ada idea nok wak kan

    ReplyDelete
  7. Very nice πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Terima kasih 😊 izinkan saya untuk membuat ulangkaji menggunakan karangan ini

    ReplyDelete
  9. Terima kasih.Very nice.πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  10. Good easy I like this. Thank you

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. bodoh kau ingat kau tu pandai sangat ah. bm A+ ke ah???

      Delete
    2. kalau pandai sangat jangan tengok

      Delete
  12. How many word at the essay πŸ€”

    ReplyDelete
  13. Sangat bagus karangan ni saya tulis karangan ni dan ceritakan kepada ibu ayah dan adik-adik saya ......Saya bagi lima bintang

    ReplyDelete
  14. El Yucateco - Mapyro
    El Yucateco. Mapyro 파주 좜μž₯샡 Las Vegas El Yucateco, κ΄‘μ£Όκ΄‘μ—­ 좜μž₯샡 a casual hot sauce company based in The μšΈμ‚°κ΄‘μ—­ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ Green Valley, is a Mexican fusion sauce made with habanero 이천 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ peppers, μšΈμ‚°κ΄‘μ—­ 좜μž₯샡

    ReplyDelete
  15. bagus lah karangan ini saya harap cikgu saya puji saya esk dan berharap betul lah jangan jangan penat menyalin salah pulah tu

    ReplyDelete

Post a Comment