KARANGAN KELUARGA BAHAGIA
Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia.Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Oleh itu, kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan. Antara salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai didikan agama dan moral yang utuh. Hal ini kerana agama merupakan tunjang pembentukan sesebuah keluarga itu. Kebiasaannya, keluarga yang berpendidikan agama mampu melahirkan persefahaman dan perasaan bertolak ansur dalam perhubungan keluarga. Selain itu, Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan k